Nama : Nancy Anak Ngumbang Umur : 27 Tahun Ahli : 2016 |
Latar Belakang
Sebelum menjadi ahli Pusat Internet 1 Malaysia Kg Ulu Manding, saya belum menjalankan aktiviti jualan barang saya secara online. Namun setelah saya menjadi ahli dan mendapat tunjuk ajar daripada petugas PI1M saya telah berjinak-jinak dengan perniagaan online dan hasil daripada perniagaan online ini pendapatan yang saya dapat sangat memberansangkan. Dahulu saya hanya menjual barang kosmetik dari rumah ke rumah, setelah mendapat tunjuk ajar dari petugas PI1M juga saya sekarang menjadi Ejen Produk CLA (Kosmetik) dan kini pendapatan saya meningkat. Ia juga menjimatkan masa saya untuk berniaga saya hanya promosi melalui online dan pelanggan dapat membuat pembelian dan pembayaran terus kepada saya. Ia sangat memudahkan, saya sangat bersyukur dengan adanya PI1M ini.
Bentuk Perniagaan
1. Barang Kosmetik ( CLA )
2. Berniaga secara online dan offline ke remah-rumah panjang terdekat/saudara masa, rakan-rakan dan rakan sepejabat.
3. Menjual barangan kosmetik difacebook https://www.facebook.com/chye.rivera
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI1M
Selama ini saya banyak menghabiskan masa untuk pergi berniaga dari rumah ke rumah, dan ini menyebabkan banyak masa terbuang dan kos pengangkutan saya tinggi.
selepas Pengunaan ICT/ Penglibatan PI1M
Tugasan saya pun menjadi lebih mudah dan senang. Ia juga menjimatkan kos saya kerana melalui internet ini saya lebih mudah mendapatkan pelanggan dan berkomunikasi dengan rakan-rakan perniagaan oline yang lain. Masa saya untuk berniaga online ini juga sangat jimat kerana saya hanya duduk, terima order dan pos order pelanggan sahaja.
Sila lawati facebook saya di https://www.facebook.com/chye.rivera untuk melihat sendiri hasil barangan jualan saya serta kemungkinan juga tuan/puan berminat hendak membeli barangan saya.