mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah kejayaan Online 2018

Nama      : Lena Anak Gaing

Umur      : 37 Tahun

Ahli        : 2014

Latar Belakang

Sebelum Pn Lena menjadi ahli PEDi Kg Ulu Manding, saya belum menjalankan aktiviti jualan barang secara offline. Setelah saya menjadi ahli dan mendapat tunjuk ajar daripada petugas PEDi saya menjalankan perniagaan saya secara online dan hasil dan pendapatan perniagaan online saya ini sangat memberansangkan. Selain itu, saya mendapat tunjuk ajar daripada petugas PEDi kini pendapatan saya meningkat ia juga menjimatkan masa saya untuk berniaga, sekarang saya hanya promosi melalui online di (facebook) pelanggan dapat membuat tempahan serta membeli dan terus membuat pembayaran kepada saya. Dengan cara ini, ia sangat memudahkan kerja saya dan saya sangat bersyukur dengan adanya PEDi ini.

Bentuk Perniagaan 

1. Menjual Peralatan Dapur secara online

2. Berniaga secara online dan offline ke rumah-rumah panjang terdekat/saudara mara dan rakan-rakan.

3. Menjual peralatan dapur melalui fb https://www.facebook.com/giacomolover 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PEDi

Selama ini saya banyak menghabiskan masa untuk pergi berniaga dari rumah ke rumah dan ini menyebabkan kos pengangkutan saya tinggi.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PEDi

Tugasan saya pun menjadi lebih senang dan mudah dan juga menjimatkan kos saya kerana melalui internet ini saya lebih mudah untuk mendapatkan pelanggan dan berkomunikasi dengan rakan-rakan perniagaan online yang lain. Masa saya untuk berniaga online ini juga sangat jimat kerana saya terima order dan pos order pelanggan sahaja.

Sila lawati facebook : https://www.facebook.com/gicomolover untuk melihat sendiri hasil barangan jualan saya dan kemungkinan juga tuan/puan berminat hendak membeli barangan saya.