Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Ulu Manding, Sarawak mengucapkan selamat datang dan ribuan terima kasih kepada anda semua yang sudi melawat laman web kami. PEDi merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan Kerjasama Telekom Malaysia Berhad (TM BHD) dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital di kalangan komuniti setempat serta mendedahkan kepada masyarakat mengenai kepentingan ICT dalam kehidupan seharian bagi meningkatkan taraf hidup komuniti setempat.
Sebanyak 12 Pusat Jalur Lebar untuk fasa perintis dan 73 pusat untuk Fasa 2 telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan mengaplikasikan ICT dalam kehidupan seharian. PEDi Kampung Ulu Manding ini adalah dalam kategori fasa 4 yang baru sahaja dibuka kepada komuniti tempatan. Terdapat 107 lokasi PEDi yang terlibat di seluruh Malaysia. Objektif penubuhan PEDi ini juga masih sama dengan PJK yang lepas iaitu untuk mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan mengaplikasikan ICT dalam kehidupan seharian.
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
PEDi menawarkan latihan secara PERCUMA kepada Ahli yang berdaftar. Selain itu, PEDi ini juga menyediakan perkhidmatan- perkhidmatan untuk komuniti setempat:
Antara latihan yang disediakan ialah:
- Pengenalan asas komputer secara percuma untuk semua peringkat umur bagi ahli yang berdaftar.
- Perkhidmatan internet
- Aplikasi elektronik 3E –
- E-Learning(E-pembelajaran),
- E-Government (E-Kerajaan) dan
- E-Commerce (E-Dagang)
- Desktop publishing seperti Microsoft Office
- PEDi juga menawarkan perkhidmatan seperti:
- Perkhidmatan fotostat
- Perkhimatan laminating
- Perkhidmatan scanning
- Khidmat nasihat ICT
- Perkhidmatan printing (mencetak)
- Perkhidmatan binding
- Perkhidmatan mencetak gambar bersaiz A4
- Menyediakan zon internet tanpa wayar (WIFI ZONE).
Objektif Penubuhan PEDi
- Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti setempat.
- Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
- Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di PEDi.
- Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
- Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.