Nama: Nastiana Lansat Anak Changgai
Umur: 18 Tahun
Ahli : 2018
Latar belakang
Cik Nastiana Lansat merupakan seorang pelajar lepasan sekolah menengah dan berhasrat untuk menyambung pelajaran beliau
ke peringkat yang lebih tinggi. Bagi mempersiapkan kemahiran beliau dalam menggunakan komputer, beliau membuat keputusan
untuk mengikuti latihan kelas ICT di PI bagi mempelajari dan mengukuhkan lagi kemahiran beliau dalam ilmu komputer.
Cik Nastiana merupakan seorang peserta kelas yang rajin menghadiri kelas ICT. Beliau sering kali ke PI Kg Ulu Manding untuk
belajar menggunakan komputer dan perkhidmatan yang disediakan di PI.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengikuti latihan yang dijalankan di PI beliau hanya mengetahui asas-asas menggunakan komputer sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah menjadi ahli PI, beliau kerap ke PI untuk belajar cara-cara menggunakan komputer dan mengikuti kelas ICT yang dianjurkan oleh PI. Beliau juga lebih mahir dalam melayari internet dan berjaya memiliki emel sendiri. Beliau berasa bangga kerana berpeluang belajar tentang ICT dan kemahiran yang dipelajari beliau akan dapat membantu beliau dalam pelajaran beliau nanti.