Nama : Puan Tarmiang Anak Langong
Umur : 35 Tahun
Ahli : 2019
Latar Belakang
Puan Tarmiang merupakan seorang surirumah. Beliau amat minat berniaga dan telah menghasilakan banyak kratangan diperbuat daripada manik. Berniaga online dan offline adalah sumber pendapatan sampingan beliau.
Bentuk Perniagaan
1. Menjual barangan perhiasan kraftangan.
2. Berniaga Secara Online dan Offline.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum menjadi ahli Pusat Internet Kg Ulu Manding, beliau sudah menjalankan aktiviti jualan produk kraftangan manik secara offline. Namun semua jualan agak terhad kerana belum ada kemudahan pusat internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Namun setelah beliau menjadi ahli dan mendapat tunjuk ajar daripada petugas PI tugasan beliau pun menjadi lebih mudah dan senang. Ia juga menjimatkan kos beliau kerana melalui internet ini beliau lebih mudah untuk mendapatkan pelanggan dan berkomunikasi dengan rakan-rakan perniagaan online yang lain. Masa beliau untuk berniaga online ini juga sangat jimat.kerana beliau hanya duduk, terima order dan pos order pelanggan. Kini pendapatan beliau juga meningkat dan memberansangkan. Ia juga menjimatkan masa beliau untuk berniaga. Beliau hanya promosi melalui online dan pelanggan dapat membuat pembelian dan pembayaran terus kepada beliau. Ia sangat memudahkan dan sangat bersyukur dengan adanya pusat internet ini.