mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Online Usahawan 2 Q1 2020

Nama : Cik Amylia Varianly

Umur : 19 Tahun

Ahli   : 2019

Latar Belakang

Cik Amylia Varianly merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau amat minat berniaga dan telah menjadi Dropship bagi produk kecantikan Fefet. Berniaga online dan offline adalah sumber pendapatan sampingan beliau.

Bentuk Perniagaan

1. Menjual produk kecantikan Fefet.

2. Berniaga Secara Online dan Offline.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli Pusat Internet Kg Ulu Manding, beliau hanya menjual produk kecantikan secara offline. Disebabkan itu semua jualan agak terhad kerana belum ada kemudahan pusat internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Namun setelah beliau menjadi ahli dan mendapat tunjuk ajar daripada petugas PI tugasan beliau pun menjadi lebih mudah dan senang. Ia juga menjimatkan kos beliau kerana melalui internet ini beliau lebih mudah untuk mendapatkan pelanggan dan berkomunikasi dengan rakan-rakan perniagaan online yang lain. Masa beliau untuk berniaga online ini juga sangat jimat.kerana beliau hanya duduk, terima order dan pos order pelanggan. Kini pendapatan beliau juga meningkat dan memberansangkan. Ia juga menjimatkan masa beliau untuk berniaga. Beliau hanya promosi melalui online dan pelanggan dapat membuat pembelian dan pembayaran terus kepada beliau. Ia sangat memudahkan dan sangat bersyukur dengan adanya pusat internet ini.