Nama : Cik Priscilla Annie
Umur : 25 Tahun
Ahli : 2014
Latar belakang
Priscilla Annie merupakan lepasan Universiti. Beliau amat minat berniaga dan telah menjadi Ejen bagi barangan TGF Kosmetik. Berniaga online dan offline adalah sumber pendapatan sampingan beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum menjadi ahli Pusat Internet Kg Ulu Manding, beliau hanya menjual produk kecantikan secara offline. Disebabkan itu semua jualan agak terhad kerana belum ada kemudahan pusat internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Namun setelah beliau menjadi ahli dan mendapat tunjuk ajar daripada petugas PI tugasan beliau pun menjadi lebih mudah dan senang. Ia juga menjimatkan kos beliau kerana melalui internet ini beliau lebih mudah untuk mendapatkan pelanggan dan berkomunikasi dengan rakan-rakan perniagaan online yang lain. Masa beliau untuk berniaga online ini juga sangat jimat.kerana beliau hanya duduk, terima order dan pos order pelanggan. Kini pendapatan beliau juga meningkat dan memberansangkan. Ia sangat memudahkan dan sangat bersyukur dengan adanya pusat internet ini.