Nama : Cik Floreana Sara Nyeai Anak Jabu
Umur : 17 Tahun
Ahli : 2017
Latar belakang
Cik Floreana merupakan seorang peserta kelas yang rajin menghadiri kelas ICT. Beliau sering kali ke PI Kg Ulu Manding untuk belajar menggunakan komputer dan perkhidmatan yang disediakan di PI. Disamping itu, juga dapat mempelajari dengan lebih mendalam pasal ilmu komputer untuk menambah kemahiran menggunakan komputer.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengikuti latihan yang dijalankan di PI saya hanya mengetahui asas-asas menggunakan komputer sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah menjadi ahli PI, saya kerap ke PI untuk belajar cara-cara menggunakan komputer dan mengikuti kelas ICT yang dianjurkan oleh PI, saya lebih yakin diri. Saya juga telah memiliki emel sendiri. Saya berasa bangga kerana berpeluang untuk belajar media baru. Saya dapat mencari peluang pekerjaan semasa. Terima kasih kepada petugas yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya.