Nama: Mary Anak Rubat
Umur: 33 Tahun
Ahli: 2020
Latar belakang
Mary Anak Rubat merupakan lepasan Sekolah Menengah . Beliau amat minat berniaga dan telah menjadi Ejen insurans Zurich. Berniaga online dan offline adalah sumber pendapatan sampingan beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum menjadi ahli NADI Kg Ulu Manding, beliau hanya mempromosikan insurans secara offline. Disebabkan itu semua jualan agak terhad kerana belum ada kemudahan pusat internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Namun setelah beliau menjadi ahli dan mendapat tunjuk ajar daripada petugas NADI tugasan beliau pun menjadi lebih mudah dan senang. Ia juga menjimatkan kos beliau kerana melalui internet ini beliau lebih mudah untuk mendapatkan pelanggan dan berkomunikasi dengan rakan-rakan perniagaan online yang lain. Masa beliau untuk berniaga online ini juga sangat jimat.kerana beliau hanya duduk, terima order dan pos order pelanggan. Kini pendapatan beliau juga meningkat dan memberansangkan. Ia sangat memudahkan dan sangat bersyukur dengan adanya NADI ini.