mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Celik ICT/Komuniti Pintar

Kisah Kejayaan Celik ICT/Komuniti Pintar

Nama  : Cik Selina  Anak Joseph

Umur  : 18 Tahun

Ahli    : 2017

 

Latar Belakang :

Cik Selina merupakan seorang peserta kelas yang rajin menghadiri kelas ICT, Selina sering kali ke NADI Kg Ulu Manding untuk belajar menggunakan komputer. Selina menggunakan kemudahan di NADI untuk memperolehi ilmu dalam bidang ICT, Disamping itu, Selina mempelajari dengan lebih mendalam pasal ilmu komputer untuk bersaing dalam pasaran kerja.

Sebelum penggunaan ICT/Penglibatan NADI

Sebelum mengikuti latihan yang dijalankan di NADI Selina hanya mengetahui asas-asas menggunakan komputer sahaja.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan NADI

Setelah menjadi ahli NADI, Selina kerap ke NADI untuk belajar cara-cara menggunakan komputer dan mengikuti kelas ICT yang dianjurkan oleh NADI, Selina lebih yakin diri kerana semua maklumat yang diperlukan, Selina hanya perlu menaip kata kunci dan menekan butang cari,kemudian terpapar segala maklumat yang dicari, Selina semakin pantas menaip dan cekap menggunakan komputer. Selina juga mempelajari cara menggunakan komputer, mempelajari cara menggunakan internet dan laman web serta mempelajari asas keusahawanan melalui NADI.