mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Online 2018

Nama     : Sule Anak Usang

Umur     : 26 Tahun

Ahli       : 2017

Latar Belakang

Sebelum menjadi ahli Pusat Internet Kg Ulu Manding, saya belum menjalankan aktiviti jualan barang saya secara online. Namun setelah saya menjadi ahli dan mendapat tunjuk ajar daripada petugas PI saya telah berjinak-jinak dengan perniagaan online dan hasil daripada perniagaan online ini pendapatan yang saya peroleh sangat memberansangkan. Dahulu saya hanya menjual barang kraftangan (manik) seperti rantai dari rumah ke rumah, setelah mendapat tunjuk ajar dari petugas PI kini pendapatan saya meningkat. Ia juga menjimatkan masa saya untuk berniaga. Saya hanya promosi melalui online dan pelanggan dapat membuat pembelian dan pembayaran terus kepada saya. Ia sangat memudahkan. Saya sangat bersyukur denga adanya pusat internet ini.

Bentuk Perniagaan

1. Menjual barang kraftangan Manik

2. Berniaga Secara Online dan Offline-Ke rumah-rumah panjang terdekat/saudara-mara, rakan-rakan dan  rakan sepejabat.

3. Menjual barangan kraftangan (manik) difacebook https://www.facebook.com/effa.wateffa

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Selama ini saya banyak menghabiskan masa untuk pergi berniaga dari rumah ke rumah. dan ini menyebabkan kos pengangkutan saya tinggi.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Tugasan saya pun menjadi lebih mudah dan senang. Ia juga menjimatkan kos saya kerana melalui internet ini saya lebih mudah untuk mendapatkan  pelanggan dan berkomunikasi dengan rakan-rakan perniagaan online yang lain. Masa saya untuk berniaga online ini juga sangat jimat.kerana saya hanya duduk, terima order dan pos order pelanggan.

Sila lawati facebook saya di https://www.facebook.com/effa.wateffa untuk melihat sendiri hasil barangan jualan saya. Dan kemungkinan juga Tuan/Puan berminat hendak membeli barangan saya.