Nama: Jacklyn Sayu Anak Empau
Umur: 21 Tahun
Ahli : 2015
Latar belakang
Cik Jacklyn Sayu merupakan penuntut di Politeknik Kuching dan belajar dalam bidang Perniagaan. Beliau amat minat berniaga dan telah menjadi Dropship bagi produk kecantikan Dollita Beaute Serum Mask yang diusahakan oleh penyanyi Malaysia iaitu Siti Sarah Raissuddin. Berniaga online dan offline adalah sumber pendapatan sampingan beliau sambil belajar mengenai Perniagaan.
Bentuk perniagaaan
1.Menjual produk kecantikan Dollita Beaute Serum Mask.
2.Berniaga Secara Online dan Offline.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum menjadi ahli Pusat Internet Kg Ulu Manding, beliau sudah menjalankan aktiviti jualan produk kecantikan secara online. Namun semua jualan agak terhad kerana memerlukan kos yang agak tinggi, contohnya dari segi pengangkutan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Namun setelah beliau menjadi ahli dan mendapat tunjuk ajar daripada petugas PI tugasan beliau pun menjadi lebih mudah dan senang. Ia juga menjimatkan kos beliau kerana melalui internet ini beliau lebih mudah untuk mendapatkan pelanggan dan berkomunikasi dengan rakan-rakan perniagaan online yang lain. Masa beliau untuk berniaga online ini juga sangat jimat.kerana beliau hanya duduk, terima order. Kini pendapatan beliau juga meningkat dan memberansangkan. Ia juga menjimatkan masa beliau untuk berniaga. Beliau hanya promosi melalui online dan pelanggan dapat membuat pembelian dan pembayaran terus kepada beliau melalui pembankan online. Ia sangat memudahkan dan sangat bersyukur dengan adanya pusat internet ini.