Nama: Cik Maryline Tinggau Anak Baung
Umur: 18 Tahun
Ahli: 2013
Latar belakang
Cik Maryline Tinggau merupakan seorang pelajar lepasan sekolah menengah. Sambil menunggu keputusan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, beliau mengambil keputusan untuk berniaga secara online bagi mengisi masa lapang beliau. Beliau berniaga produk mandian Faith Fluer. Berniaga online dan offline dapat menambah sumber pendapatan sampingan beliau sambil menunggu peluang belajar semula.
Bentuk Perniagaan
1.Menjual produk Mandian jenama Faith Fluer.
2.Berniaga Secara Online dan Offline.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini, beliau sudah menjalankan aktiviti jualan produk mandian secara online. Namun semua jualan agak terhad kerana memerlukan kos yang agak tinggi, contohnya dari segi pengangkutan. Selama ini beliau banyak menghabiskan masa berniaga di rumah panjang sendiri dan rumah panjang yang berdekatan sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Namun setelah beliau menjadi ahli dan mendapat tunjuk ajar daripada petugas PI tentang perniagaan online ini pendapatan yang beliau perolehi sangat memberansangkan. Selain itu, ia juga menjimatkan masa beliau untuk ke sesuatu tempat. Beliau hanya perlu membuat promosi melalui online dan pelanggan dapat membuat pembelian dan pembayaran terus kepada beliau melalui pembayaran perbankan online. Dengan adanya PI, tugasan beliau menjadi lebih mudah malah dalam masa yang sama dapat berkomunikasi dengan rakan-rakan perniagaan online yang lain. Masa beliau untuk berniaga online ini juga sangat jimat.kerana beliau hanya perlu duduk, terima order dan buat order untuk pelanggan. Beliau sangat bersyukur kerana adanya Pusat Internet ini.