mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah kejayaan Online Usahawan 1 Q4 2020

Nama: Royantie Rozina Anak Ranggie

Umur: 27 Tahun

Ahli: 2018

 

Latar belakang

Puan Royantie Rozina Anak Ranggie merupakan seorang suri rumah sepenuh masa . Beliau amat minat berniaga dan membuat kuih muih serta kek. Beliau memasarkan hasil kuih muih beliau di facebook dan juga di rumah panjang. Berniaga online dan offline adalah sumber pendapatan sampingan beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum menjadi ahli Pusat Internet Kg Ulu Manding, beliau hanya berniaga di rumah panjang sahaja. Disebabkan itu semua jualan agak terhad kerana belum ada kemudahan pusat internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Namun setelah beliau menjadi ahli dan mendapat tunjuk ajar daripada petugas NADI tugasan beliau pun menjadi lebih mudah dan senang. Ia juga menjimatkan kos beliau kerana melalui internet ini beliau lebih mudah untuk mendapatkan pelanggan dan berkomunikasi dengan rakan-rakan perniagaan online yang lain. Masa beliau untuk berniaga online ini juga sangat jimat.kerana beliau hanya duduk, terima order dan menghantar pesanan pelanggan. Kini pendapatan beliau juga meningkat dan memberangsangkan.  Ia sangat memudahkan dan sangat bersyukur dengan adanya NADI ini.