mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Online Usahawan 2 Q1 2021

Nama: Mona Anak Kimbi

Umur: 28 Tahun

Ahli: 2020

 

Latar belakang

Mona Kimbi merupakan lepasan Diploma. Beliau amat minat berniaga terutamanya produk berasaskan makanan. Berniaga online dan offline adalah sumber pendapatan sampingan beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum menjadi ahli NADI Kg Ulu Manding, beliau hanya menjual produk makanan secara offline. Disebabkan itu semua jualan agak terhad kerana belum ada kemudahan pusat internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Namun setelah beliau menjadi ahli dan mendapat tunjuk ajar daripada petugas NADI tugasan beliau pun menjadi lebih mudah dan senang. Ia juga menjimatkan kos beliau kerana melalui internet ini beliau lebih mudah untuk mendapatkan pelanggan dan berkomunikasi dengan rakan-rakan perniagaan online yang lain. Masa beliau untuk berniaga online ini juga sangat jimat.kerana beliau hanya duduk, terima order dan pos order pelanggan. Kini pendapatan beliau juga meningkat dan memberansangkan. Ia sangat memudahkan dan sangat bersyukur dengan adanya pusat internet ini.