mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Usahawan Online 1 Q3 2021

Nama: Roselind Anak Buda

Umur: 36 Tahun

Ahli: 2018

Latar belakang

Puan Roselind merupakan lepasan sekolah rendah. Beliau amat minat berniaga terutamanya hasil kraftangan dan pakaian tradisional kaum Iban. Berniaga online dan offline adalah sumber pendapatan sampingan beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum menjadi ahli PEDI Kg Ulu Manding, beliau hanya menjual produk makanan secara offline. Disebabkan itu semua jualan agak terhad kerana belum ada kemudahan pusat internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Namun setelah beliau menjadi ahli dan mendapat tunjuk ajar daripada petugas NADI tugasan beliau pun menjadi lebih mudah dan senang. Ia juga menjimatkan kos beliau kerana melalui internet ini beliau lebih mudah untuk mendapatkan  pelanggan dan berkomunikasi dengan rakan-rakan perniagaan online yang lain. Masa beliau untuk berniaga online ini juga sangat jimat.kerana beliau hanya duduk, terima order dan pos order pelanggan. Kini pendapatan beliau juga meningkat dan  memberansangkan.  Ia sangat memudahkan dan sangat bersyukur dengan adanya pusat internet ini.