mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Usahawan Online 2 Q3 2020

Nama: Tunga Anak Umen

Umur: 56 Tahun

Ahli: 2020

 

Latar belakang

Puan Tunga Anak Umen merupakan seorang suri rumah sepenuh masa . Beliau amat minat berniaga dan bertani. Beliau memasarkan hasil tanaman beliau di facebook dan juga di tamu minggu. Berniaga online dan offline adalah sumber pendapatan sampingan beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum menjadi ahli NADI Kg Ulu Manding, beliau hanya berniaga di tamu sahaja. Disebabkan itu semua jualan agak terhad kerana belum ada kemudahan pusat internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Namun setelah beliau menjadi ahli dan mendapat tunjuk ajar daripada petugas NADI tugasan beliau pun menjadi lebih mudah dan senang. Ia juga menjimatkan kos beliau kerana melalui internet ini beliau lebih mudah untuk mendapatkan pelanggan dan berkomunikasi dengan rakan-rakan perniagaan online yang lain. Masa beliau untuk berniaga online ini juga sangat jimat.kerana beliau hanya duduk, terima order dan menghantar pesanan pelanggan. Kini pendapatan beliau juga meningkat dan memberangsangkan.  Ia sangat memudahkan dan sangat bersyukur dengan adanya NADI ini.