Nama: Tayas anak Seman
Umur: 32 Tahun
Ahli: 2022
Latar belakang
Puan Tayas anak Seman merupakan seorang petani. Beliau sangat meminati bidang keusahawanan sejak musim PKP tahun lalu. Beliau berbakat dalam menghasilkan kraftangan seperti tikar anyaman bercorak.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum menjadi ahli NADI Kg Ulu Manding, beliau hanya menjual produk secara bersemuka. Disebabkan itu semua jualan agak terhad kerana belum ada kemudahan PEDi.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Namun setelah beliau menyertai kelas keusahawanan dan mendapat tunjuk ajar daripada petugas NADI tugasan beliau pun menjadi lebih mudah dan senang. Ia juga menjimatkan kos beliau kerana melalui internet ini beliau lebih mudah untuk mendapatkan pelanggan dan berkomunikasi dengan rakan-rakan perniagaan online yang lain. Masa beliau untuk berniaga online ini juga sangat jimat.kerana beliau hanya duduk, terima order dan pos order pelanggan. Kini pendapatan beliau juga meningkat dan memberansangkan. Ia sangat memudahkan dan sangat bersyukur dengan adanya NADI ini.