mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah kejayaan usahawan Online Q1 2024

Nama: Emy anak Bunyau

Umur: 30 Tahun

Ahli: 2018

Latar belakang

Puan Emy anak Bunyau merupakan seorang suri rumah. Beliau sangat meminati bidang keusahawanan sejak dari bangku sekolah . Beliau berbakat dalam menghasilkan kraftangan seperti tango iban.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum menjadi ahli NADI Kg Ulu Manding, beliau hanya menjual kraftangan secara bersemuka. Disebabkan itu semua jualan agak kurang memuaskan kerana belum menyertai aktiviti usahawan di NADI.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Namun setelah beliau menyertai kelas keusahawanan dan mendapat tunjuk ajar daripada petugas NADI tugasan beliau pun menjadi lebih mudah dan senang. Ia juga menjimatkan kos beliau kerana melalui internet ini beliau lebih mudah untuk mendapatkan  pelanggan dan berkomunikasi dengan rakan-rakan perniagaan online yang lain. Masa beliau untuk berniaga online ini juga sangat jimat.kerana beliau hanya duduk, terima order dan pos order pelanggan. Kini pendapatan beliau juga meningkat dan  memberansangkan.  Ia sangat memudahkan dan sangat bersyukur dengan adanya NADI ini.