mcmc
Maklumat PEDi

MAKLUMAT NADI

Pusat Sebaran Maklumat Nasional ( NADI )  Kampung Ulu Manding, Sarawak mengucapkan selamat datang dan ribuan terima kasih kepada anda semua yang sudi melawat laman web kami. NADI merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan Kerjasama Telekom Malaysia Berhad (TM BHD) dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital di kalangan komuniti setempat serta mendedahkan kepada masyarakat mengenai kepentingan ICT dalam kehidupan seharian bagi meningkatkan taraf hidup komuniti setempat.

Sebanyak 12 Pusat NADI untuk fasa perintis dan 73 pusat untuk Fasa 2 telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan mengaplikasikan ICT dalam kehidupan seharian. NADI Kampung Ulu Manding ini adalah dalam kategori fasa 4 yang baru sahaja dibuka kepada komuniti tempatan. Terdapat 107 lokasi NADI yang terlibat di seluruh Malaysia. Objektif penubuhan NADI ini juga masih sama dengan PJK yang lepas iaitu untuk mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan mengaplikasikan ICT dalam kehidupan seharian.

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

NADI menawarkan latihan secara PERCUMA kepada Ahli yang berdaftar. Selain itu, NADI ini juga menyediakan perkhidmatan- perkhidmatan untuk komuniti setempat: 

Antara latihan yang disediakan ialah:

  1. Pengenalan asas komputer secara percuma untuk semua peringkat umur bagi ahli yang berdaftar.
  2. Perkhidmatan internet
  3. Aplikasi elektronik 3E –
    1. E-Learning(E-pembelajaran),
    2. E-Government (E-Kerajaan) dan
    3. E-Commerce (E-Dagang) 
  4. Desktop publishing seperti Microsoft Office  
  5. NADI juga menawarkan perkhidmatan seperti:
    1. Perkhidmatan fotostat
    2. Perkhimatan laminating
    3. Perkhidmatan scanning
    4. Khidmat nasihat ICT
    5. Perkhidmatan printing (mencetak)
    6. Perkhidmatan binding
    7. Perkhidmatan mencetak gambar bersaiz A4
  6. Menyediakan zon internet tanpa wayar  (WIFI ZONE).

Objektif Penubuhan NADI

  1. Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti setempat.
  2. Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  3. Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.
  4. Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  5. Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.